Seringkali kita melihat permasalahan gigi yang berlaku pada kanak-kanak seawal usia tiga tahun. Hal ini disebakan kurangkan penjagaan gigi terutama sekali penjagaan gigi yang jarang diberikan perhatian juga penggunaan botol susu ketika mereka hendak tidur.
Semua ini memberi kesan kepada permasalahan gigi terutama masalah karies gigi yang berlaku di awal usia kanak-kanak. Dr Ahmad Faisal Ismail, Penolong Professor Pergigian Kanak-kanak, Kulliyyah Pergigian UIAM berkongsi tip buat semua ibu bapa.
Gigi susu pertama akan mula tumbuh sekitar umur 6 bulan, dan kegigian susu akan lengkap sepenuhnya pada umur sekitar 2 tahun setengah. Adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan gigi susu ini kekal di dalam mulut sehingga gigi kekal sedia untuk tumbuh menggantikan gigi susu.