Sakit mulut di kalangan anak kecil memang amat merisaukan ibu-bapa. Apabila mulut sakit, kanak-kanak akan tidak mahu makan atau minum kerana kesakitan dan ketidakselesaan. Apatah lagi memberus gigi atau membersihkan mulut mereka.
Sakit mulut jenis berjangkit
- Kebiasaannya menyerang kanak-kanak.
- Berpunca dari kesakitan dari dalam mulut atau di sekitar bibir kanak-kanak.
Sakit mulut jenis yang berjangkit juga dikenali sebagai
- Ulser mulut / Mulut melepuh
- Ulser mulut / Mulut pecah-pecah kerana demam atau suhu badan yang tinggi
- Herpetic gingivostomatitis (istilah perubatan)
